Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.
2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia
seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia.
Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat
China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi
dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami
kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin
ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya
Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang
ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas
sebagai simpanan.
4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai
target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi
menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara
pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran
emas mereka.
5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan
menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas
semakin tinggi dari sehari ke sehari.
Semua diatas
antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda
di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin
bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai
untuk mula membeli?
Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia,
adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan
naik, itu yang pertama. Yang kedua, apakah ada sebarang acara
terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia
mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik
ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di
India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi
harga emas dunia. Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas
akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia,
kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi
bergerak perlahan.
Keempat, berapakah
pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas
di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah
lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih
agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur
didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu
lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.
Kadang-kadang ada yang bertanya kepada kami, apakah jenis
emas terbaik untuk mereka beli? emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k,
18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya kami, jawapannya tentulah emas 24
karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau
emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya
lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan
untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut
nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan
dinilai.Sumber di sini
No comments:
Post a Comment