7 Cara Menggandakan
Keuntungan Pelaburan Emas 2013
1. Harga/Masa : faktor ini mungkin faktor utama dalam
jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang
rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi
sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit,
peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang
seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri
terbuang dan duit mungkin dibelanjakan.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu
bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas
walau Amerika sekalipun.
2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar) , pendapat
saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai
pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan
didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat
mudah untuk dijual, manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang
tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari
anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti
bunga raya, kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan
untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh
membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.3. Meningkatkan modal pelaburan: keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda. Jika saya mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.
4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu: Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.
5. Menjual kepada kawan: Jangan menunggu harga emas
naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada
mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang
sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk
mencari tapak pelaburan. Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat
jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang
tidak terisi walau sedikit pun dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh
menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami.
6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan
emas. Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda
mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau
emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas
916, 750 , emas dan permata. Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin
anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan emas pada masa akan datang.
Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana ramai yang membawa
keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mungkin trend ini akan
berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang.7. Pelaburan Baru/Produk Baru, pendapat saya, anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda seperti kesetiaan melampau peminat public gold membeli emas mereka sahaja, banyak lagi pelaburan emas baru yang bakal muncul pada 2013 ini, contohnya Dinar Pahang, Emas Rakyat, 1Gram GCP, emas padu 916, akaun simpanan beberapa bank utama DAN PALING TERBARU Precious 4U SDN. BHD (Menjual PAMP SUISSE GOLD BAR & EMAS PADU 916) yang paling murah di MALAYSIA hari
Seperti
dinyatakan didalam Al-Quran, akan tiba suatu masa datangnya Dajal atau (Fitnah)
maka dunia akan ditimpa bencana atau peperangan, dimana anda jika ia terjadi
dizaman kita? jika saya menjadi Doktor, saya mungkin boleh mencari makan dengan
merawat pesakit, jika saya menjadi pekebun, saya boleh makan dengan tanaman
saya tanam jika tidak diracun. Tetapi jika saya kontraktor kelas A, jaguh
internet, pakar kewangan, cikgu, mungkin ketika itu tiada kerja saya boleh
lakukan kecuali urusniaga emas yang tetap akan berjalan. Saya pengarah
syarikat? saya pengurus kanan jabatan kerajaan? tetapi jika berlaku perang saya
bukan sapa-sapa :)
No comments:
Post a Comment